Sabtu, 6 Julai 2013

MAKANAN TERBAIK MENGIKUT AL-QURAN & AS-SUNNAH...

Walit as-sunnah merupakan satu produk yang berasaskan makanan sunnah yang 
akan saya kongsikan di sini amatlah istimewa. Ini kerana makanan-makanan ini 
telah disebutkan di dalam Al-Quran dan hadith Nabi, tentang khasiat dan kelebihannya. Subhanallah! Hanya Allah Yang Maha Kuasa dan Maha Mengetahui atas segala sesuatu  
yang dijadikan oleh Allah.

Firman Allah SWT dalam surah al-An'aam ayat 99:


"Dan Dialah yang menurunkan hujan dari langit lalu Kami tumbuhkan 
dengan air hujan itu segala jenis tumbuh-tumbuhan, kemudian 
Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan
pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus dan dari 
pohon-pohon tamar (kurma), dan mayang- mayangnya 
(Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik
dan (Kami jadikan) kebun- kebun dari anggur dan zaiton serta buah delima,
yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. 
Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah, dan 
ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi 
tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami)
 bagi orang-orang yang beriman." - Surah al-An'aam : 99

1. Buah Delima

Fiman Allah: " Dan (Kami jadikan) kebun - kebun dari anggur dan zaitun serta buah 

delima yang sama dan yang tidak sama (bentuknya), Perhatikanlah kamu pada 
buahnya apabila ia berbuah dan ketika masaknya." - Surah Al- An'am ayat 99


Khasiat buah delima:
  • Kaya dengan unsur zat besi. 
  • Proses pembinaan darah merah. Mengurangkan risiko penyakit anemia. 
  • Mempunyai kadar antioksidan yang paling tinggi di antara buah-buahan yang lain.
  • Mengandung potassium yang besar isipadunya.
  • Mengandungi mineral-mineral lain seperti fosfor, kalsium, besi, dan sodium, 
    vitamin A, B1, B2, B3, dan C. Bertindak bersama sodium, potassium 
    mengatur ekuilibrium air tubuh dan menjaga degup jantung agar tetap normal.
  • Meningkatkan kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur.
  • Mencegah edema dan mengurangi kadar gula di dalam darah. 
  • Buah delima juga dapat menghilangkan rasa letih otot dan menguatkan jantung.

2. Kismis

Dalam Tibb An-Nabawi menyebut hadith yang bermaksud: "Sebaik-baik makanan ialah 

buah zabib (kismis). Ia menghilangkan keletihan, menguatkan urat saraf, 
meredakan kemarahan, mencerahkan warna kulit dan mengharumkan bau hidung 
serta mulut." 


Nabi Muhammad SAW bersabda : “Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 
21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit 
kecuali kematian”.



Khasiat kismis:
  • Menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan 
  • memulihkan kesihatan jiwa.
  • Kismis dapat menghilangkan kepahitan (hempedu/cairan kuning), 
  • menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan 
  • saraf dan menghilangkan letih. 
  • Kismis juga dapat meningkatkan keupayaan untuk menghafal.


3. Kurma

Firman Allah SWT dalam surah Maryam: Ayat 25-26. "Dan goyanglah pangkal pohon 

kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah yang masak
 kepadamu, maka makan serta minumlah dan bersenang hatilah kamu."
 Khasiat kurma:
  • Terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu. 
  • Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur 
  • yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. 
  • Ianya juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak dan pembentukan darah 
  • serta sumsum tulang.
  • Makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma tersebut 
  • akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.

4. Habbatus sauda'

Sabda Rasulullah: "Tetaplah kamu dengan Habbatus sauda' ini, kerana padanya 

terdapat penawar bagi segala penyakit kecuali as-saam (mati)." - Hadith Riwayat 
Hadith dan Muslim

  
Khasiat habbatus sauda’:
  • Terapi untuk mengaktifkan enzym adenylylclase yang bertanggungjawab 
  • terhadap perubahan spesifik dalam peringkat-peringkat usia.
  • Terdapat penawar bagi segala penyakit kecuali As-Saam (mati) - Hadith Sahih
  •  Bukhari Muslim.


5. Za'faran

Sayidina Ali pernah menyatakan: "Sesiapa yang mengambil sebahagian za'faran 

dan su' di satu bahagian dicampur dengan madu, diminum sebanyak dua sudu pada 
setiap hari, maka ia dikagumi tentang ingatannya, sehingga dituduh melakukan sihir. "


  
Khasiat za’faran / saffron:
  • Sangat kaya dengan vitamin B1 dan B2 (Riboflavin & Tiamin).
  • Membantu menyempurnakan proses penghadaman, menguatkan ingatan, 
  • merawat anemia, mengawal tekanan darah dan kolestrol, mengurangkan
  •  risiko serangan sakit jantung, mengurangkan keletihan, sembelit, bisa-bisa 
  • sendi, penenang dan juga peransang tenaga batin. 
  • Membina daya ketahanan menghadapi pelbagai penyakit seperti asma dan 
  • demam biasa.

KESIMPULAN
Setiap makanan mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Namun hanya Allah SWT 
yang layak memberikan kebaikan dan kesihatan kepada kita. Janganlah kita 
menganggapkan makanan ini yang memberi kita kesihatan. Ia hanyalah sekadar 
usaha kita untuk mendapatkan kesihatan.Percayalah dengan nama Allah, 
Insya-Allah akan dapat keberkatan dan kebaikan. Marilah kita sama-sama 
mengamalkan meminum walit as-sunnah sebagai amalan harian untuk menjaga 
kesihatan bersama di samping mendapatkan keberkatan memakan makanan sunnah.

Wallahu'alam.

                                              Walit As-sunnah 7 dalam 1

Tiada ulasan:

Catat Ulasan